TENTANG KAMI

TANGERANG, BANTEN, Indonesia
JASA CETAK CEPAT MURAH BERKUALITAS Kami SB FINISHING,bergerak di bidang jasa percetakan dan Kami siap melayani segala macam kebutuhan percetakan untuk keperluan promosi dan administrasi perkantoran serta bisnis anda. BROSUR - LEFLET - KATALOG - MAJALAH - BULETIN - KSLENDER - POSTER - KARTU NAMA - KARTU UNDANGAN - HANGTAG - COMPANY PROFILE - BANNER - PACKING - PAPER BAG - STIKER - SABLON - FAKTUR - NOTABON - INVOICE - SURAT JALAN - NOTA BUKTI TERIMA KIRIM BARANG - KOP SURAT - KAOS - SERAGAM - SOVENIR -DLL. Komitmen Kami : Pengiriman Barang Tepat Waktu Garansi Kualitas Percetakan Harga Kompetitif Grapich Desain Prepres Proses Proof Finishing Delivery SETTING - DESIGN - LAYOUT SOLUSI TEPAT UNTUK BISNIS ANDA LAYANAN ANTAR UNTUK JABOTABEK Kami siap datang ke tempat anda untuk jenput data dan antar hasil cetakan. For best price and Quality Hub. 0812 8060 3451 / 0895322124721 PIN BB D12N8007 Terima Kasih.

perbezaan MALAIKAT JIN & IBLIS

0

1. Malaikat
Malaikat itu adalahJisim Nurani (Jisim
yang sangat lembut/halus) dan ia
boleh merupa dengan apa sahaja. Ia
tidak bersifat seperti lelaki atau
wanita dan ia sentiasa taat kepada
perintah Allah. Ia mempunyai
kudrat /kekuatan yang luar biasa. Ia
tidak berkahwin dan tidak berzuriat
dan ia tidak boleh dipanah atau
ditembak.
Ayat berikut adalah dalil yang
menyatakan Malaikat boleh
menyerupai apa sahaja yang
dikehendaki dengan izin Allah yang
maksudnya:
” Kemudian Maryam membuat
dinding untuk melindungi dirinya
dari mereka, maka kami hantarkan
kepadanya Roh dari kami lalu ia
menyamar diri kepadanya sebagai
seorang lelaki yang sempurna bentuk
kejadiannya.” (Maryam:17)
2. Jin
Adapun Jin itu adalah dari Jisim-Jisim
api yang dibawah (dari api yang
sangat panas). Jin boleh menyerupai
apa sahaja yang dikehendakinya.
Akan tetapi apabila ia menyerupai
sesuatu kita boleh memanahnya dan
ia boleh mati. Jin ada lelaki dan ada
perempuan dan ia bekeluarga dan
mempunyai zuriat. Diantaranya ada
yang mukmin dan ada pula yang
kafir.
Hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin
as’ud r.a mengenai firman Allah s.w.t
yang bermaksud:
“Itulah mereka yang mendakwa
bahawa mereka mencari jalan
penghubung kepada Tuhannya.
Siapakah di kalangan mereka yang
paling dekat dengan Tuhan mereka
dengan katanya: Ada sekelompok Jin
yang telah memeluk Islam, dan
sebelum ini mereka disembah
manusia, maka orang-orang yang
menyembah itu tetap sahaja
menyenbah mereka iaitu Jin tersebut
telah memeluk Islam”.
3. Iblis Atau Syaitan
Syaitan atau Iblis adalah satu puak
daripada kalangan Jin. Ia adalah dari
golongan yang murtad. Ketuanya
adalah Iblis, setiap yang derhaka dari
kalangan Jin adalah Syaitan. Tiap-tiap
Syaitan adalah Jin tiap-tiap Jin
bukanlah Syaitan (Mereka ini semua
berketurunan.
Adakah Iblis asalnya dari
golongan Malaikat?
1. Ada satu pendapat menyatakan
Iblis adalah dari golonganMalaikat.
2.Pendapat kedua menyatakan Iblis
bukan dari golongan Malaikat.
Rasulullah s.a.w menyebutkan
bahawa Allah s.w.t jadikan Malaikat
daripada Nur, Jin dan Iblis daripada
api sedangkan Adam daripada tanah.
Dengan itu jelas bahawa Malaikat
dijadikan daripada Nur (Cahaya),
sedangkan Jin dijadikan daripada Api.
Ini menunjukan kejadian yang
berlainan di antara alaikat dan Iblis.
*Sumber Buku Rahsia Malaikat Dan
Keajaibannya.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting