Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin
Muzahim daripada Abbas ra, bapa
saudara Rasulullah SAW dari
Rasulullah SAW telah bersabda, yang
bermaksud:
"Aku adalah orang (manusia) yang
paling awal dibangkitkan dari kubur
(bumi) pada hari kiamat yang tiada
kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada
hari kiamat yang tiada kemegahan.
Bendera pujian di tanganku dan
nabi-nabi keseluruhannya berada di
bawah benderaku. Umatku adalah
umat yang terbaik. Mereka adalah
umat yang pertama dihisab sebelum
umat yang lain. Ketika mereka
bangkit dari kubur, mereka akan
mengibas (membuang) tanah yang
ada di atas kepala mereka.
Mereka semua akan berkata: "Kami
bersaksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan kami bersaksi
bahawa Muhammad itu Rasulullah.
Inilah yang telah dijanjikan oleh
Allah Taala serta dibenarkan oleh
para rasul.
Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang
pertama dibangkitkan dari kubur di
hari kiamat ialah Muhammad SAW.
Jibril as akan datang kepadanya
bersama seekor Buraq. Israfil pula
datang dengan membawa bersama
bendera dan mahkota. Izrail pula
datang dengan membawa
bersamanya pakaian-pakaian syurga.
"Jibril as akan menyeru: "Wahai
dunia! Di mana kubur Muhammad
SAW?"
Bumi akan berkata: "Sesungguhnya,
Tuhanku telah menjadikan aku
hancur. Telah hilang segala lingkaran,
tanda dan gunung-ganangku. Aku
tidak tahu dimana kubur
Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda: "Lalu
diangkatkan tiang-tiang dari cahaya
dari kubur Nabi Muhammad SAW ke
awan langit. Maka, empat malaikat
berada di atas kubur."
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik!
Kembalilah ke tubuh yang baik!"
Maka, kubur terbelah dua. Pada
seruan yang kedua pula, kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga,
ketika Rasulullah SAW berdiri,
baginda SAW telah membuang tanah
di atas kepala dan janggut baginda
SAW. Baginda SAW melihat kanan
dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada
lagi bangunan. Baginda SAW
menangis sehingga mengalir air
matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: "Bangun
wahai Muhammad! Sesungguhnya
kamu di sisi Allah Taala di tempat
yang luas."
Baginda SAW bertanya, "Kekasihku
Jibril! Hari apakah ini?"
Jibril as menjawab: "Wahai
Muhammad! Janganlah kamu takut!
Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian
dan penyesalan. Inilah hari
pembentangan Allah Taala.
"Baginda SAW bersabda: "Kekasihku
Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu
lihat di hadapanmu? "
Baginda SAW bersabda: "Bukan
seperti itu pertanyaanku."
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak
melihat bendera kepujian yang
terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu
maksud pertanyaanku. Aku bertanya
kepadamu akan umatku. Di mana
perjanjian mereka? "
Jibril as berkata: "Demi keagungan
Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh
bumi daripada manusia, sebelummu?
"
Baginda SAW bersabda: "Nescaya
akan, kuatlah pertolongan pada hari
ini. Aku akan mensyafaatkan
umatku."
Jibril as berkata kepada baginda SAW:
"Tungganglah Buraq ini wahai
Muhammad SAW dan pergilah ke
hadapan Tuhanmu! "
Jibril as datang bersama Buraq ke
arah Nabi Muhammad SAW. Buraq
cuba meronta-ronta. Jibril as berkata
kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah
kamu tidak malu dengan makhluk
yang paling baik dicipta oleh Allah
Taala? Sudahkah Allah Taala
perintahkan kepadamu agar
mentaatinya? "
Buraq berkata: "Aku tahu semua itu.
Akan tetapi, aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga
sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah Taala akan
datang pada hari ini di dalam
keadaan marah. Keadaan yang
belum pernah terjadi sebelum ini.
"Baginda SAW bersabda kepada
Buraq: "Ya! Sekiranya kamu
berhajatkan syafaatku, nescaya aku
memberi syafaat kepadamu. "Setelah
berpuas hati, Buraq membenarkan
baginda SAW menunggangnya lalu
dia melangkah. Setiap langkahan
Buraq sejauh pandangan mata.
Apabila Nabi Muhammad SAW
berada di Baitul Maqdis di atas bumi
dari perak yang putih, malaikat Israfil
as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh
yang telah hancur, tulang-tulang
yang telah reput, rambut-rambut
yang bertaburan dan urat-urat yang
terputus-putus! Bangkitlah kamu dari
perut burung, dari perut binatang
buas, dari dasar laut dan dari perut
bumi ke perhimpunan Tuhan yang
Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam
tanduk atau sangkakala. Di dalamnya
ada beberapa tingkat dengan
bilangan roh makhluk. Setiap roh,
akan didudukkan berada di dalam
tingkat. Langit di atas bumi akan
menurunkan hujan dari lautan
kehidupan akan air yang sangat
pekat seperti air mani lelaki.
Daripadanya, terbinalah tulang-
tulang. Urat-urat memanjang. Daging
kulit dan bulu akan tumbuh.
Sebahagian mereka akan kekal ke
atas sebahagian tubu tanpa roh.
Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil!
Tiup tanduk atau sangkakala tersebut
dan hidupkan mereka dengan izinKu
akan penghuni kubur. Sebahagian
mereka adalah golongan yang
gembira dan suka. Sebahagian dari
mereka adalah golongan yang celaka
dan derita."
Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai
roh-roh yang telah hancur!
Kembalilah kamu kepada tubuh-
tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk
dikumpulkan di hadapan Tuhan
semesta alam.
"Allah Taala berfirman: "Demi
keagungan dan ketinggianKu! Aku
kembalikan setiap roh pada tubuh-
tubuhnya! "
Apabila roh-roh mendengar sumpah
Allah Taala, roh-roh pun keluar
untuk mencari jasad mereka. Maka,
kembalilah roh pada jasadnya. Bumi
pula terbongkar dan mengeluarkan
jasad-jasad mereka. Apabila
semuanya sedia, masing-masing
melihat. Nabi SAW duduk di padang
pasir Baitul Maqdis, melihat
makhluk-makhluk. Mereka berdiri
seperti belalang yang berterbangan.
70 umat berdiri. Umat Nabi
Muhammad SAW merupakan satu
umat (kumpulan). Nabi SAW
berhenti memperhatikan ke arah
mereka. Mereka seperti gelombang
lautan.
Jibril as menyeru: "Wahai sekalian
makhluk, datanglah kamu semua ke
tempat perhimpunan yang telah
disediakan oleh Allah Taala. "
Umat-umat datang di dalam
keadaan satu-satu kumpulan. Setiap
kali Nabi Muhammad SAW berjumpa
satu umat, baginda SAW akan
bertanya: "Di mana umatku? "
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad!
Umatmu adalah umat yang terakhir.
"
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as
menyeru: Tempatmu!" Maka nabi
Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata:
"Mengapa kamu berdua menangis."
Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan
umatmu, Muhammad? "
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana
umatku?"
Jibril as berkata: "Mereka semua
telah datang. Mereka berjalan
lambat dan perlahan. "
Apabila mendengar cerita demikian,
Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana
keadaan umatku yang berbuat
dosa?"
Jibril as berkata: "Lihatlah mereka
wahai Muhammad SAW!"
Apabila Nabi Muhammad SAW
melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada
baginda SAW dengan apa yang telah
Allah Taala muliakannya. Mereka
gembira kerana dapat bertemu
dengan baginda SAW. Baginda SAW
juga gembira terhadap mereka. Nabi
Muhammad SAW bertemu umatnya
yang berdosa.
Mereka menangis serta memikul
beban di atas belakang mereka
sambil menyeru: "Wahai
Muhammad!" Air mata mereka
mengalir di pipi. Orang-orang zalim
memikul kezaliman mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Wahai umatku." Mereka berkumpul
di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan
demikian, terdengar dari arah Allah
Taala seruan yang menyeru: "Di
mana Jibril?"
Jibril as berkata: "Jibril di hadapan
Allah, Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman di dalam
keadaan Dia amat mengetahui
sesuatu yang tersembunyi: "Di mana
umat Muhammad SAW?"
Jibril as berkata: "Mereka adalah
sebaik umat."
Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril!
Katakanlah kepada kekasihKu
Muhammad SAW bahawa umatnya
akan datang untuk ditayangkan di
hadapanKu."
Jibril as kembali di dalam keadaan
menangis lalu berkata: "Wahai
Muhammad! Umatmu telah datang
untuk ditayangkan kepada Allah
Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke
arah umatnya lalu berkata:
"Sesungguhnya kamu telah dipanggil
untuk dihadapkan kepada Allah
Taala."
Orang-orang yang berdosa menangis
kerana terkejut dan takut akan azab
Allah Taala. Nabi Muhammad SAW
memimpin mereka sebagaimana
pengembala memimpin ternakannya
menuju di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman: "Wahai
hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-
baik kepadaKu tuduhan apa-apa
yang telah diperdengarkan bagi
kamu dan kamu semua melakukan
dosa!"
Hamba-hamba Allah Taala terdiam.
AllahTaala berfirman: "Hari ini, Kami
akan membalas setiap jiwa dengan
apa yang telah mereka usahakan.
Hari ini, Aku akan memuliakan
sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku
akan mengazab sesiapa yang
menderhaka terhadapKu.
Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik,
penjaga neraka! Katakanlah
kepadanya, bawakan Jahanam!"
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga
neraka lalu berkata: "Wahai Malik!
Allah Taala telah memerintahkanmu
agar membawa Jahanam."
Malik bertanya: "Apakah hari ini?"
Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari
kiamat. Hari yang telah ditetapkan
untuk membalas setiap jiwa dengan
apa yang telah mereka usahakan."
Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah
Allah Taala telah mengumpulkan
makhluk?"
Jibril menjawab: "Ya!"
Malik bertanya: "Di mana
Muhammad dan umatnya?"
Jibril berkata: "Di hadapan Allah
Taala!"
Malik bertanya lagi: "Bagaimana
mereka mampu menahan kesabaran
terhadap kepanasan nyalaan
Jahanam apabila mereka
melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"
Malik menjerit ke arah neraka
dengan sekali jeritan yang
menggerunkan. Neraka berdiri di atas
tiang-tiangnya. Neraka mempunyai
tiang-tiang yang keras, kuat dan
panjang. Api dinyalakan sehingga
tiada kekal mata seorang dari
makhluk melainkan bercucuran air
mata mereka (semuanya menangis)
. Air mata sudah terhenti manakala
air mata darah manusia mengambil
alih. Kanak-kanak mula beruban
rambut. Ibu-ibu yang memikul
anaknya mencampakkan mereka.
Manusia kelihatan mabuk padahal
mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-
mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.
Baginda bergantung dengan asap
Arsy yang naik lalu menyeru:
"TuhanKu dan Penguasaku! Aku
adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah
kedudukanku pada hari ini! Aku tidak
meminta kejayaan Ishak dan anakku
pada hari ini."
Allah Taala berfirman: "Wahai
Ibrahim! Adakah kamu melihat
Kekasih mengazab kekasihnya."
Nabi Musa as datang. Baginda
bergantung dengan asap Arsy yang
naik lalu menyeru: "KalamMu. Aku
tidak meminta kepadaMu melainkan
diriku. Aku tidak meminta saudaraku
Harun. Selamatkanlah aku dari kacau
bilau Jahanam!"
Isa as datang di dalam keadaan
menangis. Baginda bergantung
dengan Arsy lalu menyeru:
"Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku!
Isa roh Allah. Aku tidak meminta
melainkan diriku. Selamatkanlah aku
dari kacau bilau Jahanam!" Suara
jeritan dan tangisan semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW menyeru:
"Tuhanku..
Penguasaku ,Penghuluku.. .. ! Aku
tidak meminta untuk diriku.
Sesungguhnya aku meminta untuk
umatku dariMu!"
Ketika itu juga, neraka Jahanam
berseru: "Siapakah yang memberi
syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru: "Wahai
Tuhanku... Penguasaku dan
Penghuluku! Selamatkanlah
Muhammad dan umatnya dari
seksaannya! Selamatkanlah mereka
dari kepanasanku, bara apiku,
penyeksaanku dan azabku!
Sesungguhnya mereka adalah umat
yang lemah. Mereka tidak akan sabar
dengan penyeksaan."
Malaikat Zabaniah menolaknya
sehingga terdampar di kiri Arsy.
Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: "Di mana
matahari?" Maka, matahari dibawa
mengadap Allah Taala. Ia berhenti di
hadapan Allah Taala.Allah Taala
berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu
telah memerintahkan hambaKu
untuk sujud kepada kamu?"
Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha
Suci dirimu! Bagaimana aku harus
memerintahkan mereka berbuat
demikian sedangkan aku adalah
hamba yang halus?"
Allah Taala berfirman: "Aku percaya!
Allah Taala telah menambahkan
cahaya dan kepanasannya sebanyak
70 kali ganda. Ia telah hampir dengan
kepala makhluk."
Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh
manusia bertiti dan sehingga mereka
berenang di dalamnya. Otak-otak
kepala mereka menggeleggak seperti
periuk yang sedang panas. Perut
mereka menjadi seperti jalan yang
sempit. Air mata mengalir seperti air
mengalir. Suara ratap umat-umat
manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih
lagi sedih. Air matanya telah hilang
dan kering dari pipinya. Sekali,
baginda SAW sujud di hadapan Arsy
dan sekali lagi, baginda SAW rukuk
untuk memberi syafaat bagi
umatnya. Para Nabi melihat keluh
kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: "Maha Suci Allah!
Hamba yang paling dimuliakan Allah
Taala ini begitu mengambil berat, hal
keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada
Usman Am Nahari berkata: "Pada
suatu hari Nabi SAW menemui
Fatimah Az-Zahara' r.h. Baginda SAW
dapati, dia sedang menangis."
Baginda SAW bersabda: "Permata
hatiku! Apa yang menyebabkan
dirimu menangis?"
Fatimah menjawab: "Aku teringat
akan firman Allah Taala." "Dan, kami
akan mehimpunkan, maka Kami
tidak akan mengkhianati walau
seorang daripada mereka."
Lalu Nabi SAW pun menangis.
Baginda SAW bersabda: "Wahai
permata hatiku! Sesungguhnya, aku
teringat akan hari yang terlalu
dahsyat. Umatku telah dikumpulkan
pada hari kiamat dikelilingi dengan
perasaan dahaga dan telanjang.
Mereka memikul dosa mereka di atas
belakang mereka. Air mata mereka
mengalir dipipi."
Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku!
Apakah wanita tidak merasa malu
terhadap lelaki?"
Baginda SAW menjawab: "Wahai
Fatimah! Sesungguhnya, hari itu,
setiap orang akan sibuk dengan
untung nasib dirinya. Adapun aku
telah mendengar Firman Allah
Taala:"
Bagi setiap orang dari mereka, di hari
itu atau satu utusan yang melalaikan
dia. ( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku
hendak mendapatkanmu di hari
kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "Kamu akan
menjumpaiku di sebuah telaga ketika
aku sedang memberi minum umatku.
"
Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya
aku dapati kamu tiada di telaga?"
Baginda SAW bersabda: "Kamu akan
menjumpaiku di atas Sirat sambil
dikelilingi para Nabi. Aku akan
menyeru: "Tuhan Kesejahteraan!
Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat
akan menyambut: "Aamiin." Ketika
itu juga, terdengar seruan dari arah
Allah Taala lalu berfirman: "Nescaya
akan mengikuti kata-katanya pada
apa yang kamu sembah."
Setiap umat akan berkumpul dengan
sesuatu yang mereka sembah. Ketika
itu juga, neraka Jahanam melebarkan
tengkuknya lalu menangkap mereka
sebagaimana burung mematuk
kacang. Apabila seruan dari tengah
Arsy kedengaran, maka manusia yang
menyembahNya datang beriring.
Sebahagian daripada orang yang
berdiri di situ berkata: "Kami adalah
umat Muhammad SAW!"
Allah Taala berfirman kepada
mereka: "Mengapa kamu tidak
mengikuti orang yang kamu sembah?
"
Mereka berkata: "Kami tidak
menyembah melainkan Tuhan Kami.
Dan, kami tidak menyembah
selainNya."
Mereka ditanya lagi: "Kami
mengenali Tuhan kamu?"
Mereka menjawab: "Maha Suci
diriNya! Tiada yang kami kenali
selainNya."
Apabila ahli neraka dimasukkan ke
dalamnya untuk diazab, umat
Muhammad SAW mendengar bunyi
pukulan dan jeritan penghuni neraka.
Lalu malaikat Zabaniah mencela
mereka.
Mereka berkata: "Marilah kita pergi
meminta syafaat kepada Muhammad
SAW!"
Manusia berpecah kepada
tiga kumpulan:
1. Kumpulan orang tua yang
menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian
mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas
kawasan lapang ketika kiamat.
Mereka semua berminat terhadap
mimbar Nabi Muhammad SAW.
Mimbar Nabi Muhammad SAW
terletak berhampiran dengan tempat
berlaku kiamat. Ia juga merupakan
mimbar yang paling baik, besar dan
cantik.
Nabi adam as dan isterinya Hawa
berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu
berkata: "Wahai Adam! Ramai dari
zuriatmu dari umat Muhammad SAW
serta cantik wajah mereka.
Mereka menyeru: "Di mana
Muhammad?" Mereka berkata: "Kami
adalah umat Muhammad SAW.
Semua umat telah mengiringi apa
yang mereka sembah. Hanya tinggal
kami sahaja. Matahari di atas kepala
kami. Ia telah membakar kami.
Neraka pula, cahaya juga telah
membakar kami. Timbangan semakin
berat. Oleh itu tolonglah kami agar
memohon kepada Allah Taala untuk
menghisab kami dengan segera!
Sama ada kami akan pergi ke syurga
atau neraka."
Nabi Adam as berkata: "Pergilah
kamu dariku! Sesungguhnya aku
sibuk dengan dosa-dosaku. Aku
mendengar firman Allah Taala: Dan
dosa Adam terhadap Tuhannya
kerana lalai.
Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as
yang telah berumur, umur yang
panjang dan sangat sabar. Mereka
menghampirinya. Apabila nabi Nuh
as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad
SAW) berkata: "Wahai datuk kami,
Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan
kami agar Dia dapat memisahkan di
antara kami dan mengutuskan kami
dari ahli syurga ke syurga dan ahli
neraka ke neraka."
Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya,
aku sibuk dengan kesalahanku. Aku
pernah mendoakan agar kaumku
dimusnahkan. Aku malu dengan
Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa
Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah
kepadanya agar menolong kamu!"
Nabi Ibrahim as berkata:
"Sesungguhnya aku pernah
berbohong di dalam usiaku sebanyak
tiga pembohongan di dalam Islam.
Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah
kamu berjumpa Musa as! Mintalah
pertolongan darinya!"
Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk
dengan kesalahanku. Aku pernah
membunuh seorang jiwa tanpa hak.
Aku membunuhnya bukan dari
kemahuanku sendiri. Aku dapati dia
melampaui batas terhadap seorang
lelaki Islam. Aku ingin memukulnya.
Aku terperanjat kerana menyakitinya
lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia
jatuh lalu mati. Aku takut terhadap
tuntutan dosaku. Pergilah kamu
berjumpa Isa as!"
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s.
Nabi Isa a.s. berkata: "Sesungguhnya
Allah Taala telah melaknat orang-
orang Kristian. Mereka telah
mengambil aku, ibuku sebagai dua
Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku
malu untuk bertanya kepadaNya
mengenai ibuku Mariam."
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah
Az-Zahra' sedang duduk. Ketika
Mariam melihat umat Nabi
Muhammad SAW dia berkata: "Ini
umat Nabi Muhammad SAW. Mereka
telah sesat dari Nabi mereka." Suara
Mariam, telah didengari oleh Nabi
Muhammad SAW,
Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi
Muhammad SAW. "Ini umatmu,
wahai Muhammad! Mereka
berkeliling mencarimu untuk
meminta syafaat kepada Allah Taala.
"
Nabi Muhammad SAW menjerit dari
atas mimbar lalu bersabda: "Marilah
kepadaku, wahai umatku! Wahai
sesiapa yang beriman dan tidak
melihatku. Aku tidak pernah lari dari
kamu melainkan aku sentiasa
memohon kepada Allah Taala
untukmu!" Umat Nabi Muhammad
SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: "Wahai
Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!"
Nabi Adam as berkata: "Wahai
Muhammad! Tuhanku telah
memanggilku. Moga-moga Dia akan
meminta kepadaku."
Nabi Adam as pergi menemui Allah
Taala. Allah Taala berfirman
kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah
dan hantarkan anak-anakmu ke
neraka! "
Nabi Adam as bertanya: "Berapa
ramai untukku kirimkan? "
Allah Taala berfirman: Setiap seribu
lelaki kamu hantarkan seorang ke
syurga, 999 orang ke neraka."Allah
Taala berfirman lagi: "Wahai Adam!
Sekiranya Aku tidak melaknat orang
yang berdusta dan Aku haramkan
pembohongan, nescaya Aku akan
mengasihi anakmu keseluruhannya.
Akan, tetapi, Aku telah janjikan
syurga bagi orang yang mentaatiKu
Neraka pula bagi orang yang
menderhakaiKu Aku tidak akan
memungkiri janji Wahai Adam!
"Berhentilah di sisi Mizan
(timbangan). Sesiapa yang
mempunyai berat pada kebaikannya
daripada dosanya walaupun seberat
biji sawi, bawalah dia untuk
memasuki syurga tanpa perlu
berunding denganKu! Sesungguhnya
Aku telah menjadikan bagi mereka,
satu kejahatan dengan satu dosa.
Manakala satu kebaikan dengan
sepuluh pahala agar memberitahu
mereka bahawa, sesungguhnya Aku
tidak akan memasukkan mereka ke
dalam neraka melainkan setiap yang
kembali akan dikembalikan dengan
dosa bagi orang yang melampaui
batas".
"Nabi Adam as berkata: "Tuhanku!
Penguasaku! Engkau lebih utama bagi
menghisab berbanding aku. Hamba
itu adalah hambaMu dan Engkau
Maha Mengetahui sesuatu yang
ghaib!"
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti
Sirat Allah Taala menyeru: "Wahai
Muhammad! Bawalah umatmu
untuk dihisab dan lintaskan mereka
di atas Sirat yang dilebarkan.
Panjangnya sejauh 500 tahun
perjalanan."
Malaikat Malik berdiri di pintunya
(neraka). Dia menyeru: "Wahai
Muhammad! Sesiapa yang datang
dari umatmu dan bersamanya ada
perlepasan dari Allah Taala, maka dia
akan terselamat. Sekiranya
sebaliknya maka, dia akan terjatuh di
dalam neraka. Wahai Muhammad!
Katakan kepada orang yang
diringankan agar berlari! Katakan
kepada orang yang diberatkan agar
berjalan!
"Nabi Muhammad SAW bersabda
kepada malaikat Malik: "Wahai Malik!
Dengan kebenaran Allah Taala ke
atasmu, palingkanlah wajahmu dari
umatku sehingga mereka dapat
melepasi! Jika tidak, hati mereka akan
gementar apabila melihatmu."
Malaikat Malik memalingkan
mukanya dari umat Nabi
Muhammad SAW.
Umat Nabi Muhammad
SAW telah di pecahkan
kepada sepuluh
kumpulan.
Nabi Muhammad SAW mendahului
mereka lalu bersabda kepada
umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku
di atas Sirat ini!"
Kumpulan pertama berjaya melintasi
seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti
angin yang kencang.
Kumpulan ketiga melintasi seperti
kuda yang baik.
Kumpulan yang keempat seperti
burung yang pantas.
Kumpulan yang kelima berlari.
Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk
kerana mereka dahaga dan penat.
Dosa-dosa terpikul di atas belakang
mereka. Nabi Muhammad SAW
berhenti di atas Sirat. Setiap kali,
baginda SAW melihat seorang dari
umatnya bergayut di atas Sirat,
baginda SAW akan menarik
tangannya dan membangunkan dia
kembali.
Kumpulan kelapan menarik muka-
muka mereka dengan rantai kerana
terlalu banyak kesalahan dan dosa
mereka. Bagi yang buruk, mereka
akan menyeru: "Wahai Muhammad
SAW!"Nabi Muhammad SAW berkata:
"Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan!
Selamatkan mereka!Kumpulan
ke sembilan dan ke sepuluh
tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak
diizinkan untuk menyeberang.
Dikatakan bahawa, di pintu syurga,
ada pokok yang mempunyai banyak
dahan. Bilangan dahannya tidak
terkira melainkan Allah Taala sahaja
yang mengetahui. Di atasnya ada
kanak-kanak yang telah mati semasa
di dunia ketika umur mereka dua
bulan, kurang dan lebih sebelum
mereka baligh. Apabila mereka
melihat ibu dan bapa mereka,
mereka menyambutnya dan
mengiringi mereka memasuki syurga.
Mereka memberikan gelas-gelas dan
cerek serta tuala dari sutera. Mereka
memberi ibu dan bapa mereka
minum kerana kehausan kiamat.
Mereka memasuki syurga bersama-
sama. Hanya tinggal, kanak-kanak
yang belum melihat ibu dan bapa
mereka. Suara tangisan mereka
semakin nyaring.
Mereka berkata: "Aku
mengharamkan syurga bagi diriku
sehingga aku melihat bapa dan
ibuku."Kanak-kanak yang belum
melihat ibu dan bapa mereka telah
berkumpul.
Mereka berkata: "Kami masih di
dalam keadaan yatim di sini dan di
dunia."
Malaikat berkata kepada mereka:
"Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu
berat dosa mereka. Mereka tidak
diterima oleh syurga akibat dosa
mereka."
Mereka terus menangis malah lebih
kuat dari sebelumnya lalu berkata:
"Kami akan duduk di pintu syurga
moga-moga Allah Taala
mengampuninya dan menyatukan
kami dengan mereka.
"Demikianlah! Orang yang
melakukan dosa besar akan dikurung
di tempat pembalasan yang pertama
oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil
"Tempat Teropong."Kaki-kaki mereka
akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat
bersama orang-orang yang soleh di
kalangan yang terdahulu dan orang
yang taat selepasnya. Dihadapannya,
ada bendera-bendera yang
berkibaran. Bendera Kepujian berada
di atas kepalanya. Apabila bendera
baginda menghampiri pintu syurga,
kanak-kanak akan meninggikan
tangisan mereka.
Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang
berlaku pada kanak-kanak ini?"
Malaikat menjawab: "Mereka
menangis kerana berpisah dengan
bapa dan ibu mereka. "
Nabi SAW bersabda: "Aku akan
menyelidiki khabar mereka dan aku
akan memberi syafaat kepada
mereka, Insya Allah.
"Nabi Muhammad SAW memasuki
syurga bersama umatnya yang
berada di belakang. Setiap kaum
akan kekal didalam rumah-rumah
mereka. Kita memohon kepada Allah
Taala agar memasukkan kita di
dalam keutamaan ini dan
menjadikan kita sebahagian daripada
mereka.
TENTANG KAMI
- yudehand
- TANGERANG, BANTEN, Indonesia
- JASA CETAK CEPAT MURAH BERKUALITAS Kami SB FINISHING,bergerak di bidang jasa percetakan dan Kami siap melayani segala macam kebutuhan percetakan untuk keperluan promosi dan administrasi perkantoran serta bisnis anda. BROSUR - LEFLET - KATALOG - MAJALAH - BULETIN - KSLENDER - POSTER - KARTU NAMA - KARTU UNDANGAN - HANGTAG - COMPANY PROFILE - BANNER - PACKING - PAPER BAG - STIKER - SABLON - FAKTUR - NOTABON - INVOICE - SURAT JALAN - NOTA BUKTI TERIMA KIRIM BARANG - KOP SURAT - KAOS - SERAGAM - SOVENIR -DLL. Komitmen Kami : Pengiriman Barang Tepat Waktu Garansi Kualitas Percetakan Harga Kompetitif Grapich Desain Prepres Proses Proof Finishing Delivery SETTING - DESIGN - LAYOUT SOLUSI TEPAT UNTUK BISNIS ANDA LAYANAN ANTAR UNTUK JABOTABEK Kami siap datang ke tempat anda untuk jenput data dan antar hasil cetakan. For best price and Quality Hub. 0812 8060 3451 / 0895322124721 PIN BB D12N8007 Terima Kasih.
0 komentar:
Posting Komentar